KUALA TERENGGANU, 08 NOVEMBER 2018 –   Mesyuarat penyelarasan program Jelajah Belia Terengganu Sejahtera 2018/2019 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bersama Majlis Belia Negeri Terengganu telah diadakan di Wisma Seri Amar, tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan daya pemikiran belia masa kini dengan pengisian program seperti Bengkel MYKD oleh Pejabat Pertubuhan Belia (ROY), ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dialog Belia bersama YB Exco Pembangunan Belia,Sukan & NGO dan Presiden Majls Belia Negeri Terengganu, turut diadakan pameran dan kaunter peluang TVET bersama IKBN Kemasik, IKBN Wakaf Tapai dan TESDEC.

Semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus memberi pendedahan yang lebih tepat berkenaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan kepentingan MYKD yang perlu dihantar kepada Pejabat Pendaftaran Belia (ROY) selepas persatuan mengadakan Mesyuarat Agung sebelum 31 Mac setiap tahun.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable