11 November 2018, Sepang - Bertempat di Pejabat Peladang Kawasan Dengkil telah diadakan Program Pemantapan Pengurusan Pertubuhan Belia. Program anjuran Kelab Beliawanis Sri Sepang ini merupakan inisiatif barisan pimpinan kelab belia tersebut dalam usaha untuk memantapkan lagi urus tadbir pertubuhan mereka.

Ibu Pejabat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pejabat Zon Tengah telah dijemput bagi sesi perkongsian ilmu berkaitan pindaan perlembagaan, Program Penarafan Bintang dan penghantaran MYKD secara atas talian. Kelab Beliawanis Sri Sepang turut mendapat khidmat nasihat berkaitan pengurusan pertubuhan mereka daripada pegawai yang hadir. Semoga dengan penganjuran program seperti ini, dapat memperkasa dan melestarikan lagi pertubuhan belia dan kelab belia tunggal amnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable