17 November 2018 , Alor Setar - Berlangsung Bengkel Pemantapan Persatuan Belia Peringkat Negeri Kedah dengan tujuan memberi maklumat secara terus kepada pemimpin pemimpin persatuan belia Negeri Kedah serta Pegawai-pegawai Belia dan Sukan daerah daerah dinegeri Kedah berkaitan On Line MYKD , Star Rating , Anugerah Belia Negara dan Sistem Vendor.

Bengkel ini adalah kerjasama diantara Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara.

Penyampai berkaitan On Line MYKD dan Star Rating oleh Ketua Penolong Pendaftar Cik Zaliha Bt Abu Bakar dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia serta penyampai berkaitan Anugerah Belia Negara Negeri Kedah dan Sistem Vendor oleh En Mohamad Nizam Bin Daut Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Disebelah petang diadakan Sesi Town Hall dengan ahli panel terdiri Yb Encik Mohamad Asmirul Anuar Bin Aris, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Usahawan. Panel kedua Hajah Siti Aishah Binti Yahya Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia dan Panel ketiga Tuan Haji Mohd Salleh Bin Ramli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Moderator En Ramli Sani Bin Sofian dari Pejabat Belia dan Sukan Bandar Baru. Perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh Yb En Mohd Asmirul Anuar Bin Aris Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pelancongan,Seni Budaya dan Pembangunan Usahawan.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable