MELAKA, 28 November 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Belia Sekata Sawah Raja. Kunjungan ke ROY Zon Selatan bertujuan untuk menyerahkan dokumen bagi Kelab Belia Sekata Sawah Raja yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di dalam Sistem eROY V2.

Ahli kelab belia berasa amat teruja kerana permohonan pendaftaran kelab belia tersebut telah diluluskan dan ini memudahkan kelab tersebut menganjurkan dan menggerakkan pelbagai program pembangunan belia di lokasi pertubuhan belia tersebut ditubuhkan. Kelab belia telah diberikan penerangan secara ringkas berkaitan tindakan yang perlu diambil setelah mendapat sijil perakuan kelulusan pendaftaran, kaedah pelaporan tahunan, fasal-fasal berkaitan perlembagaan dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Diharapkan dengan tertubuhnya kelab ini dapat menarik lebih ramai golongan belia aktif berpesatuan.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable