MELAKA, 28 November 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Belia Muhibah, Labis.

Kunjungan ke ROY Zon Selatan bertujuan untuk menyerahkan dokumen bagi Kelab Belia Muhibah Labis yang telah dilulluskan di dalam Sistem eROY V2. Kelab belia telah diberikan penerangan secara ringkas berkaitan tindakan yang perlu diambil setelah mendapat sijil perakuan kelulusan pendaftaran, kaedah pelaporan tahunan dan fasal berkaitan perlembagaan. Ahli kelab belia berasa amat teruja kerana permohonan pendaftaran kelab belia tersebut telah diluluskan dan ini memudahkan kelab tersebut menganjurkan dan menggerakkan program-program pembangunan belia di lokasi pertubuhan belia tersebut ditubuhkan.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

Disediakan Oleh;

 

Mohamad Bin Suleiman

Pejabat ROY Zon Selatan

 

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable