Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah menerima kunjungan belia dari Melaka yang terdiri daripada Abdul Rashid Abu Bakar, Muhammad Hafiz Johan dan Shafiq Sarif. Kunjungan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan adalah untuk menubuhkan kelab belia, mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan prosedur pendaftaran pertubuhan belia di dalam sistem EroyV2 dan penghantaran dokumen pendaftaran pertubuhan belia setelah permohonan pendaftaran atas talian diluluskan.

Pertubuhan belia juga turut diterangkan secara ringkas pelaksanaan sistem penarafan bintang, penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara atas talian serta tindakan yang perlu diambil sekiranya pendaftaran pertubuhan belia diluluskan. Pertubuhan belia disarankan merujuk perlembagaan kelab belia yang sedia ada dan memahami intipati Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) agar segala aktiviti yang dianjurkan kelak tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

 

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable