Setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan serta YB Steven Sim Chee Keong sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia sumpah simpan rahsia yang telah berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri dan Isteri.

YB Syed Saddiq mencatatkan rekod baharu dalam legasi kepemimpinan muda dan menempa sejarah apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia. Selamat Datang ke Kementerian Belia dan Sukan!  Permulaan baharu, demi kelangsungan pembangunan belia dan sukan Negara!

Ayuh, seluruh kepemimpinan belia perlu terus aktif dalam memperkasakan pertubuhan belia serta menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat anak muda untuk berpersatuan. Pertubuhan belia mempunyai tugas berat memainkan peranan yang lebih aktif supaya imej belia dapat dibentuk ke arah yang lebih positif

Bersama kita semarakkan budaya cemerlang dalam pertubuhan belia!

 

Photo Credit : Norman Goh

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable