MELAKA, 19 Disember 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada YDP Persatuan Pelajar Islam Melaka, Mohamad Norazizi Zainal. Kunjungan ke ROY Zon Selatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftaran) (Pindaan) 2012.

Pelbagai isu dan permasalahan turut dibincangkan semasa kunjungan tersebut. Antaranya ialah isu tadbir urus dan pengurusan pertubuhan belia, perkara-perkara berkaitan fasal di dalam perlembagaan pertubuhan belia dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable