MELAKA, 19 Disember 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan belia dari Kota Tinggi, Johor, Shaiful Rizal Mohd Salleh dan Abdul Rahim M. Mohamed Kunhi. Kunjungan ke ROY Zon Selatan bertujuan untuk menyerahkan dokumen bagi Kelab yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di dalam Sistem EroyV2.

Kelab belia telah diberikan penerangan secara ringkas berkaitan tindakan yang perlu diambil setelah mendapat sijil perakuan kelulusan pendaftaran, kewajipan penghantaran pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun, fasal-fasal berkaitan perlembagaan dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable