MELAKA, 19 Disember 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Belia Bumiputera Bukit Katil dari Melaka. Kunjungan ke ROY Zon Selatan bertujuan untuk mengambil sijil perakuan pendaftaran Kelab Belia Bumiputera Bukit Katil yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di dalam Sistem EroyV2.

Diharapkan pertubuhan belia memanfaatkan dan menjadikan perlembagaan pertubuhan belia dan Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) sebagai sumber rujukan supaya pengurusan dan pentadbiran pertubuhan belia serta segala aktiviti yang dirancang, tidak menyalahi dan bercanggah dengan peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan pertubuhan belia dan Akta 668. ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable