MELAKA, 24 Disember 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah menerima kunjungan dari Kelab Belia Jalan Khalidi Bandar dari Muar, Johor, Mohd Fareez Fairuz Effendy dan Mohamad Effendi Ahmad. Kunjungan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pertubuhan belia. MYKD bermaksud Maklumat Yang Kena Diberi oleh semua pertubuhan belia berdaftar kepada Pendaftar Pertubuhan Belia pada setiap tahun.

Merujuk Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun calendar. Kegagalan menyempurnakan tanggungjawab menghantar MYKD pada setiap tahun kepada Pendaftar Pertubuhan Belia akan menyebabkan pendaftaran pertubuhan belia dibatalkan merujuk Seksyen 23(6), Akta 668. Pertubuhan belia disarankan merujuk perlembagaan pertubuhan belia dan memahami intipati Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) agar segala aktiviti, perancangan dan urustadbir pertubuhan belia tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

 

Disediakan Oleh;

Mohamad Bin Suleiman
Pejabat ROY Zon Selatan

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable