Putrajaya, 30 Januari 2019 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menerima kehadiran daripada wakil badan gabungan Junior Chamber International.

Kehadiran kedua wakil tersebut iaitu Saudara Weng (JCI Entreprenuer) dan Saudari Jess Liew (JCI Kuala Lumpur West) bertujuan untuk menghantar pelaporan MYKD pertubuhan mereka dan dalam masa yang sama ingin mendapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada Pegawai PPPB Zon Tengah berkaitan penghantaran MYKD secara atas talian melalui sistem eRoy.

Mereka juga turut diberi penerangan berkaitan Program Star Rating Pertubuhan Belia dan ciri-ciri yang perlu mereka patuhi untuk dinilai dan diiktiraf melalui program tersebut. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mengucapkan tahniah kepada JCI Entreprenuer dan JCI Kuala Lumpur West diatas kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pertubuhan belia dan selamat maju jaya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable