Kuala Terengganu 10 Februari 2019 – Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Bakti Chukai (KEBAKTI) di atas kejayaan mendaftarkan pertubuhan belia mereka. Wakil daripada kelab iaitu Encik Muhamad Saiful Nizam Bin Rahim (Pengerusi), Encik Aliff Fahmi Bin Mahri (Setiausaha) dan Encik Mohammed Khaidir bin Asmara (Bendahari) telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur bagi menerima sijil pendaftaran Kelab Belia mereka.

Wakil tersebut telah diberi penerangan oleh Puan Hasliza Binti Mohd Zin selaku Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur berkaitan urus tadbir kelab seperti pengurusan fail dan surat menyurat serta tatacara menguruskan kewangan kelab dengan efisien dan sistematik.

Mereka turut diingatkan untuk melaksanakan Mesyuarat Agung dalam tempoh 90 hari selepas kelulusan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di samping kewajipan untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Semoga dengan pendaftaran ini, KEBAKTI dapat  menjalinkan kerjasama yang baik bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terrengganu amnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable