Sesi lawatan premis bagi penilaian Star Rating pertubuhan belia 2019 di Negeri Sembilan telah dilaksanakan ke atas pertubuhan-pertubuhan belia yang tercalon berdasarkan kepada proses penilaian dan saringan awal. Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Lawatan penilaian ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pertubuhan-pertubuhan belia yang akan diberi penarafan 5 Bintang bakal menerima sijil penghargaan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebagai dorongan dan sokongan untuk terus lebih bergiat aktif dalam melaksanakan program dan agenda pembangunan belia dan komuniti setempat.

 

Disediakan oleh :

Mohd Uzaini Bin Mohamad Sani
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable