19 Julai 2018, Kuching – Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia ini adalah satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Mohd Nizam Ismail berkata sistem pengurusan rekod serta tadbir urus pertubuhan yang mematuhi Akta 668 perlu menjadi keutamaan dalam sesebuah organisasi belia bagi mencapai matlamat penubuhannya. “Pertubuhan belia juga perlu memperkasakan kepimpinan serta sentiasa menjalinkan kerjasama yang baik dalam pebagai peringkat.” katanya selepas penyampaian Sijil Penarafan Bintang Kelab Belia Bahagian Kuching telah diadakan di Y- Centre, UTC Kuching.

Pertubuhan-pertubuhan belia yang diberi penarafan 5 Bintang bakal menerima Sijil Penghargaan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebagai dorongan dan sokongan untuk terus lebih bergiat aktif dalam melaksanakan program dan agenda pembangunan belia dan komuniti setempat.

 

Disediakan oleh :

 

Mohd Sharbini Bin Golong

Pegawai Pendaftar Kanan

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable