15 Julai 2018, Ayer Keroh –Selaras dengan peredaran dan kemodenan zaman, pertubuhan belia juga perlu berubah dengan lebih cekap dan efisen dari aspek pengurusan pertubuhan.

Pendaftar Pertubuhan Belia, Pn. Hjh. Siti Aishah Yahya berkata penglibatan dalam aktiviti tadbir urus juga akan membantu belia mempertahankan hak dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat selain melatih mereka untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan relevan.

“Pertubuhan belia perlu melaksanakan anjakan paradigma agar kekal relevan bersaing di dunia yang segala-galanya pantas” katanya di Ayer Keroh Melaka semasa Bengkel Intensif e-ROY Modul MYKD dan Modul Pindaan Perlembagaan. Program dimulakan dengan taklimat MYKD yang disampaikan oleh Encik Mohd Uzaini bin Mohamad Sani, Penolong Pendaftar Kanan, Cawangan Pemantauan dan Peyelarasan. Peserta juga turut memberikan maklumbalas serta perkongsian maklumat berkaitan permasalahan dalam mengurus tadbir pertubuhan. Seterusnya taklimat daripada Encik Mohammad Khairul Bin Mohd Dam, Penolong Pendaftar Cawangan Pendaftaran berkaitan Permohonan Pindaan Perlembagaan melalui Sistem eROY.

Pertubuhan belia di negeri Melaka telah didedahkan secara ‘hands on’ kaedah dan langkah yang betul bagi pelaksanaan permohonan pindaan perlembagaan dan penghantaran pelaporan MYKD secara atas talian yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2018. Sistem pengurusan rekod serta tadbir urus pertubuhan yang mematuhi Akta 668 perlu menjadi keutamaan dalam sesebuah organisasi belia bagi mencapai matlamat penubuhannya. “Barisan kepimpinan belia bukan sahaja perlu cekap, berwawasan dan berkesan, malah mereka perlu sentiasa bekerjasama rapat untuk mencapai satu objektif yang disepakati bersama-sama dengan meningkatkan integrasi bersama masyarakat di peringkat daerah, negeri, negara dan juga serantau” katanya lagi.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable