Ipoh, Perak ,27 April 2019 – Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Perak Sidang 1 Penggal XIII Sesi 2019-2020 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan kehadiran Majlis Belia Negeri Perak dan semua badan gabungannya. Program ini diselaras oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Fungsi utama MPBN ini ialah bertindak sebagai badan perundingan dalam hal berhubung dengan pembangunan belia, menyelaras rancangan dan kegiatan semua pertubuhan belia kawasan disamping menanamkan perasaan taat setia terhadap negara dan mewujudkan semangat perpaduan di kalangan belia. Semoga dengan adanya program ini secara berterusan akan dapat menggembeling dan melahirkan pemimpin muda serta pertubuhan yang mampu meneraju negara pada masa hadapan.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Howard Lee Chuan How, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Perak. Majlis turut disempurnakan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis dan pembentangan kertas kerja oleh wakil dari Pusat Aspirasi Anak perak (PASAK). Sebanyak lima belas (15) usul telah dikemukakan sepanjang majlis perundingan berlangsung dengan harapan ianya akan memberikan faedah kepada pembangunan belia secara khususnya di Negeri Perak khususnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable