WP Kuala Lumpur, 04 Mei 2019 – Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat WP Kuala Lumpur Sidang 1 Sesi 2019 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan Kinabalu, The Love @ MaTic, jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang dengan kehadiran Majlis Belia WP Kuala Lumpur dan semua badan gabungannya. Program ini diselaras oleh Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur

Fungsi utama MPBN ini ialah bertindak sebagai badan perundingan dalam hal berhubung dengan pembangunan belia, menyelaras rancangan dan kegiatan semua pertubuhan belia kawasan disamping menanamkan perasaan taat setia terhadap negara dan mewujudkan semangat perpaduan di kalangan belia. Semoga dengan adanya program ini secara berterusan akan dapat menggembeling dan melahirkan pemimpin muda serta pertubuhan yang mampu meneraju negara pada masa hadapan.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat WP Kuala Lumpur. Majlis turut disempurnakan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis dan pembentangan kertas kerja bertajuk Program River Care oleh Global Environment Centre. Sebanyak enam (6) usul telah dikemukakan sepanjang majlis perundingan berlangsung dengan harapan ianya akan memberikan faedah kepada pembangunan belia secara khususnya di WP Kuala Lumpur khususnya.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable