JOHOR, 22 Julai 2018 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Putrajaya telah menzahirkan sokongan terhadap usaha membantu urus tadbir pertubuhan belia dengan memastikan setiap pertubuhan belia mematuhi setiap peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). 

Program Naziran pertubuhan belia di Johor Bahru diketuai oleh Cik Zaliha Abu Bakar dan Encik Razlan Bin Abd Rauf bersama pegawai – pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Naziran ini memberi fokus berkenaan kepada lawatan premis pertubuhan belia serta arkib dokumentasi bagi setiap maklumat yang berkaitan pertubuhan berkenaan. Sesi soal jawab, khidmat nasihat serta perbincangan ke arah pemantapan tadbir urus pertubuhan belia juga turut diadakan. Walau bagaimanapun, intipati utama program naziran ini adalah memberi kefahaman yang sebenar terhadap pertubuhan belia dalam memastikan setiap seksyen yang dinyatakan dipatuhi dan diikuti bagi menjamin kelestariaan sistem tadbir urus pertubuhan belia.

Sebanyak 6 pertubuhan telah menjalani proses naziran di mana sebahagian daripadanya akan melalui proses pembatalan sepertimana peruntukan dalam Seksyen 20, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Setiap pertubuhan belia disaran agar dapat memastikan urusan tadbir urus pertubuhan tidak bercanggah dengan setiap peruntukan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Disediakan Oleh;

Razlan Abd Rauf

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable