29 Jun 2019, Kuala Lumpur - Pejabat ROY Zon Tengah telah menyertai pameran Open Day ROY sempena Program Youth Business Expo (y-BEX@WPKL 2019) Peringkat WPKL bertempat di AEON Mall AU2 Setiawangsa.Tetamu kehormat yang telah merasmikan program ini adalah Ahli Parlimen Kawasan Batu iaitu YB P. Parabakaran. Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) juga telah dilaksanakan pada hari yang sama.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan platform jaringan perniagaan di kalangan usahawan di samping menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan kerajaan, swasta dalam pembangunan keusahawanan, gerbang kerjaya, pocket talk, program seni, hiburan dan sukan serta pertandingan kemahiran. ROY Zon Tengah turut sama di dalam program ini bagi mendedahkan masyarakat umum khususnya belia mengenai pendaftaran pertubuhan belia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable