30 Jun 2019, Kuala Lumpur - Pejabat ROY Zon Tengah telah menyertai pameran Open Day ROY sempena Program Youth Business Expo (y-BEX@WPKL 2019) dan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bertempat di Summit USJ Subang Jaya.Tetamu kehormat yang telah merasmikan program ini adalah YB Mohd Khairuddin Bin Othman, Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan& Pembangunan Modal Insan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan platform jaringan perniagaan di kalangan usahawan di samping menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan kerajaan, swasta dalam pembangunan keusahawanan, gerbang kerjaya, pocket talk, program seni, hiburan dan sukan serta pertandingan kemahiran. ROY Zon Tengah turut sama di dalam program ini bagi mendedahkan masyarakat umum khususnya belia mengenai pendaftaran pertubuhan belia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable