PUTRAJAYA, 23 FEBRUARI 2018 - Kunjung hormat kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia ke atas Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia yang diketuai Saudara Mohd Nizam bin Haji Omar, Presiden GB4BM,

Antara isu yang diperbincangkan pada pertemuan ini adalah isu berkaitan pembatalan cawangan, penghantaran pelaporan MYKD dan isu pendaftaran cawangan baharu bagi GB4BM.

Melalui pertemuan ini juga, Pendaftar menyeru agar GB4B sentiasa mendekati golongan belia. Pertubuhan belia perlu lebih aktif dan menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat para belia untuk berpersatuan dan menjalankan program yang lebih relevan dan tidak hanya tertumpu kepada  aktiviti sukan dan hiburan.

Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia dan GB4BM seterusnya menambahbaik urus tadbir GB4BM amnya.

Turut hadir bersama En Badari Ag. Damit, Timbalan Pendaftar PertubuhanBelia dan para pegawai ROY.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable