MELAKA, 08 FEBRUARI 2018 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menerima kunjungan daripada Encik Thivagar Vajan, dari Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Negeri Melaka. Kunjungan ke ROY Zon Selatan itu adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang perlu dikemaskini, informasi berkaitan pengisian Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) pertubuhan belia melalui sistem online, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) dan status pertubuhan belia.

Pelbagai isu lain turut dibangkitkan semasa perjumpaan tersebut. Antaranya ialah perbincangan berkaitan pindaan berkaitan alamat urusan dan alamat surat menyurat pertubuhan belia. Merujuk Seksyen 17, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, tiada pertubuhan belia berdaftar boleh mengubah nama atau tempat urusannya atau meminda kaedah-kaedahnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Belia. Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhi seksyen ini, pertubuhan belia berdaftar itu dan tiap-tiap pemegang jawatannya melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

Oleh: 
ROY Zon Selatan 

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable