MELAKA, 30 JANUARI 2018– Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan hari ini menerima kunjungan daripada Mohd Ismanizam Bin Ismail, Pengerusi, Gerakan Belia 4B Kawasan Tangga Batu. Kunjungan ke ROY Zon Selatan itu bertujuan untuk mengemukakan pelaporan tahunan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Gerakan Belia 4B Kawasan Tangga Batu.

Merujuk Seksyen 24, Orang yang bertanggungjawab membekalkan maklumat, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Sekyen 24(3), jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhikesemua atau mana-mana bahagian perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah disampaikan dengan perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

ROY Zon Selatan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ROY Zon Selatan bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan belia. ROY Zon Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.

Oleh: ROY Zon Selatan 


Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable