Tumpat, Kelantan 10 November 2017,  Pertubuhan Belia adalah merupakan entiti utama dan terpenting sebagai teras pembangunan belia di semua peringkat pelaksanaan akar umbi. Melalui kecekapan tadbir urus pertubuhan menjadi satu tanggungjawab utama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dalam proses capaian kearah memartabatkan pertubuhan belia.

Oleh yang demikian Bengkel Intensif Pembangunan e-MYKD Negeri Kelantan dilaksanakan dengan hasrat bagi memastikan setiap pertubuhan belia dapat mematuhi ketetapan Seksyen 22 Akta 668 melalui penghantaran pelaporan MYKD yang lengkap secara sistem on line e MYKD menjelang tahun 2018 nanti.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta dan melibatkan 11 pertubuhan belia Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Jajahan dan Badan - Badan Gabungan.

Sesi perkongsian maklumat ini di sempurnakan oleh En Mohd Izwandy B Ismail Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan turut di bantu oleh Pn Kishnaria Bt Nordin Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, Pn Norfarhana Bt Che Ismail, Pn Nur Aliaa Bt Wan Johan dan Mohd Sarimat Bin Salleh daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBhg En Rosid i Bin Mahmud Kamarudin , Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat.

 

Disediakan Oleh : ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable