KUANTAN, 13 NOVEMBER 2017 – Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang satu program anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPPB) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berkerjasama menjayakan program Bengkel Intensif e-Roy MYKD peringkat Negeri Pahang.

Program bermula jam 9.00 pagi dengan taklimat pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) oleh Encik Razlan Bin Abd Rauf selaku Penolong Pendaftar Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Program diakhiri dengan sesi pengenalan e-Roy MYKD secara atas talian dan di hadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri dari Setiauaha, Penolong Setiausaha dan Setiausaha Kerja Majlis Belia Negeri, dan Majlis Belia Daerah di Negeri Pahang.

Program ini bertujuan memberi kefahaman yang mendalam mengenai penyediaan pelaporan MYKD secara manual sebelum penghantaran secara atas talian dilaksanakan. Program yang dihadiri seramai 15 pertubuhan belia sekitar Negeri Pahang dan diuruskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur melalui kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.


Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable