LABUAN, 11 NOVEMBER 2017 - Pada 11 November 2017, Pejabat Pedaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROYS) telah mengadakan Bengkel Intensif e-Roy MYKD Peringkat Zon Labuan yang melibatkan semua Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Setiausaha Kerja bagi pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 15 orang peserta dari pertubuhan belia di Labuan telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) di samping memberi pendedahan berkaitan sistem e-Roy MYKD yang bakal beroperasi pada awal tahun 2018 di samping peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran pertubuhan serta peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia.

Bengkel ini telah dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia Zon Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah bengkel Encik Razlan Bin Abd Rauf, Penolong Pendaftar Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia serta dikelolakan oleh Puan Suzirani Binti Muamat, Pegawai Daftar Kanan Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia Zon Labuan.


Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable