Kuala Lumpur, 11 November 2017 - Program bengkel intensif pembangunan e-mykd peringkat zon tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) telah dilaksanakan dimana penyertaan seramai 42 orang peserta melibatkan sebanyak 15 ngo. 

Kehadiran oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, setiausaha , penolong setiausaha, setiausaha kerja Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Belia Negeri Selangor , Majlis Belia Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Belia Daerah Selangor dengan bermatlamatkan kearah mencapai aspirasi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPPBM) untuk memberi kefahaman secara terperinci mengenai prosedure dan langkah penyediaan pelaporan maklumat yang kena diberi (mykd) pada tahap yang paling optimum seperti mana yang termaktub dan sejajar dengan seksyen 22 akta 668.

Metodolgi dan pendekatan yang diguna pakai bagi menjayakan program ini adalah dengan kerjasama serta toleransi yang ditunjukkan oleh pegawai pegawai dari ibu pejabat yang turut sama turun padang untuk menyampaikan taklimat ringkas dan latihan praktikal penyediaan pelaporan mykd melalui panduan dan khidmat nasihat yang diberikan kepada peserta .

Selain itu, sesi pengenalan terhadap sistem e-roy mykd melalui taklimat yang disampaikan oleh bahagian pengurusan maklumat telah diadakan sebagai pendekatan sejajar dengan hasrat pppbm untuk melaksanakan sistem online e-mykd bermula tahun 2018.

Sesi ceramah berkaitan taklimat bengkel telah disampaikan oleh En Mohd Uzaini bin Mohamad Sani , Penolong Pendaftar Kanan bersama pegawai-pegawai dan kakitangan PPPBM disamping turut dibantu oleh En Mohammad Fadli bin Bakri dari Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Belia dan Sukan selaku penceramah bagi sistem e-roy mykd serta Cik Nuraida binti Idris dari PPPBM Zon Tengah yang membantu dari segi penyelarasan perjalanan program dalam memantapkan tadbir urus pertubuhan belia.


Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable