George Town, 20 November 2017 - Susulan daripada kejadian kemalangan kebakaran yang menimpa Saudara Lim Swee Bok, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) melalui Penolong Pendaftar ROY Zon Utara

, Noor'Azah Ali @ Ahmad telah mengadakan ziarah prihatin kepada beliau di Pejabat MBN Pulau Pinang, Kompleks Masyarakat Penyayang, George Town.

Kunjungan ziarah ini juga bertujuan memberikan sokongan dan semangat kepada beliau yang telah kehilangan 4 ahli keluarganya selepas rumah teresnya di Pintasan Cecil 5 dijilat api pada 15 November 2017 yang lalu. Selain itu, turut disampaikan sumbangan ikhlas daripada Kelab Kebajikan ROY.

Semoga beliau tabah diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi dugaan ini.


Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable