PUTRAJAYA, 23 November 2017 - Sesi Engagement semakan pindaan Akta Pertubuhan Belia & Pembangunan Belia (Akta 668) diteruskan lagi bersama pakar akademik diadakan bagi mendapatkan idea dan input dari sudut pandangan yang berbeza.

Jika sebelum ini, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia mengadakan sesi berkenaan bersama kumpulan pertubuhan belia, namun pada kali ini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menjemput beberapa orang pakar akademik dari pelbagai bidang untuk berbincang dan melontarkan pendapat mereka mengenai semakan pindaan Akta 668.

Berdasarkan kepada bengkel ini, kebanyakkan peserta mengakui Akta 668 perlu diperkemaskan dalam memastikan pemerkasaan belia dapat dioptimumkan sepenuhnya selari dengan Dasar Belia Malaysia. Rata-rata ahli akademik bersetuju dengan takrifan baru bagi had umur belia bermula 2018 seperti mana yang terkandung dalam Dasar Belia Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2015.

Langkah itu dilihat perlu bagi mempercepatkan pro­ses ‘keremajaan’ pimpinan negara dengan memberi ruang lebih besar kepada pemimpin pelapis untuk menerajui pertubuhan belia selain mengikut norma antarabangsa di kebanyakan negara yang mentakrifkan belia sebagai mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

Namun begitu, mereka juga berpandangan agar kajian dilaksanakan bagi penetapan umur ‘Pemimpin Belia’. Seorang pemimpin belia harus lebih matang dan berfikiran lebih terbuka untuk menghadapi cabaran global. Pemimpin belia juga perlu mempunyai semangat juang yang positif, mempunyai daya resilience, daya tahan yang kuat dan mampu untuk mendepani pelbagai rintangan dan cabaran pembangunan negara yang kini memasuki era globalisasi.


Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable