JOHOR BAHRU, 5 Januari 2018 – Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) merupakan satu kaedah pelaporan yang wajib dihantar oleh pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang mana perkara ini terkandung didalam Akta 668, (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007) di bawah Seksyen 22 dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan mesyuarat agung. Sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, ia perlu dihantar pada berakhirnya setiap tahun kalendar.

Sempena Mesyuarat Agong Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru yang telah diadakan baru-baru ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menjemput Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia untuk memberikan taklimat berkaitan MYKD kepada para pemimpin belia yang hadir ke Mesyuarat Agung berkenaan.
 

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Alsidi Mohammad dari Ibu Pejabat ROY. Turut hadir sama adalah Cik Fadhilah Binti Ahmad, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pengerusi Majlis Belia Felda Johor serta Pegawai Pejabat ROY Zon Selatan.

 

Diharapkan agar taklimat berkenaan dapat memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai pematuhan penghantaran MYKD oleh pertubuhan belia.

Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable