MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

 

KEPADA TUAN / PUAN YANG DIHORMATI,

 

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia akan berpindah ke bangunan baharu bermula 15 September 2017 di alamat seperti berikut:

 

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Aras 4, Blok C7, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62520 Putrajaya

 

Sehubungan dengan itu, operasi Pejabat akan dihentikan buat sementara waktu mulai 15 OGOS 2017 untuk kerja-kerja perpindahan. Pejabat ini akan beroperasi semula seperti biasa di pejabat baharu yang beralamat seperti di atas mulai 15 SEPTEMBER 2017.

 

Walau bagaimanapun, bagi urusan penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan dokumen rasmi yang lain, urusan tersebut boleh dibuat di Pejabat ROY Zon berhampiran.

 

Penutupan sementara ini hanya melibatkan Ibu Pejabat ROY di Putrajaya sahaja.

 

Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih

 

Sekian,

 

 

PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN’

MALAYSIA

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable