Seri Kembangan, 28 September 2017 - Satu sesi pertemuan antara Pendaftar dan Pegawai Pejabat Perdaftar Pertubuhan Belia (ROYS) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pemimpin Pertubuhan Belia bagi membincangkan isu berkaitan urus tadbir Pertubuhan Belia.

Pertemuan ini juga telah digunankan oleh Pn. Hjh. Siti Aishah Yahya, Pendaftar Pertubuhan Belia sebagai platform penerangan mengenai semakan dan cadangan pindaan Akta 668 serta status penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Pertubuhan Belia yang berdaftar di bawah Akta 668.

ROYS sebagai sebuah badan yang mengawal selia pengurusan pendaftaran Pertubuhan Belia akan memberikan kerjasama yang erat bersama semua pihak demi kepentingan dan pembangunan belia di Malaysia

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara

 

Disediakan oleh: ROY HQ

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable