PUTRAJAYA, 30 JANUARI 2018– Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Tengah hari ini menerima kunjungan daripada belia yang bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan permohonan pendaftaran di dalam sistem online ERoyV2, mendapatkan informasi berkaitan peranan dan fungsi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia,khidmat nasihat berkaitan Undang-undang Malaysia,Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), fasal-fasal berkaitan perlembagaan kelab, perkara-perkara yang perlu dilaksanakan setelah kelab belia mendapat sijil pendaftaran dan kewajipan penghantaran pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun yang perlu dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

ROY Zon Tengah sentiasa mengalu-alukan kehadiran pertubuhan belia ke Pejabat ini bagi mendapatkan khidmat nasihat. ROY Zon Tengah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan belia yang sudi berurusan di pejabat ini.
 
Oleh: ROY Zon Tengah

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable