30 SEPTEMBER 2020, WPKL - Kepentingan menghantar dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) mula dirasakan oleh pertubuhan belia setelah mengikuti Bengkel Tadbir Urus Peringkat Pertubuhan Belia Peringkat Zon Tengah yang telah diadakan pada bulan September 2020 ini.

Kelab ini yang dihadiri sendiri oleh Pengerusi selaku pemegang jawatan utama juga tidak ketinggalan dalam memastikan MYKD dihantar bagi memastikan kepatuhan terhadap Akta 668. Semakan dokumen juga turut dilakukan secara terus agar sebarang maklumat yang tidak lengkap dapat dilengkapkan dengan tepat. Semoga kesedaran penghantaran MYKD ini akan berterusan dalam memastikan tadbir urus pertubuhan belia teratur dan baik.

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah