Sarawak, 12.10.20 – Kunjung hormat AJK kelab Belia Ikon Seni Cenderawasih ke   Pejabat Pendaftaran Zon Sarawak yang telah diketuai oleh Pengerusi Kelab iaitu En.   Muhamad Iqbal bin Ismail serta Ajk telah hadir.

Lawatan ini adalah bertujuan bagi penghantaran MYKD serta mendapatkan nasihat dan pandangan dalam memastikan pengurusan kelab diurus tadbir dengan baik. En. Mohd Sharbini Bin Golong, Pegawai Pendaftaran Roy Zon Sarawak telah memberi bimbingan dan nasihat terperinci terutama kepentingan mengadakan MAT dan pelaporan MYKD perlu dikemukakan.

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak