Program lawatan premis bagi penilaian Star Rating pertubuhan belia telah dilaksanakan ke atas pertubuhan-pertubuhan belia yang tercalon berdasarkan kepada penilaian awal dilaksanakan di peringkat Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia ini adalah satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Pada 10 – 13 Mac 2018, telah dilaksanakan lawatan penilaian peringkat Zon Tengah dan Selatan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melibatkan Pertubuhan Peringkat Kebangsaan, Badan Gabungan dan juga Kelab Tunggal terpilih. Pertubuhan-pertubuhan belia yang akan diberi penarafan 5 Bintang bakal menerima sijil penghargaan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebagai dorongan dan sokongan untuk terus lebih bergiat aktif dalam melaksanakan program dan agenda pembangunan belia dan komuniti setempat.

Disediakan oleh :
Mohd Uzaini Bin Mohamad Sani
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable