Sekalung tahniah buat YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan yang telah dianugerahkan Anugerah Perdana CEUPACS di atas kecemerlangan beliau sebagai Ketua Setiausaha termuda dan juga Ikon Penjawat Awam Muda dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara di Sambutan Hari Pekerja CEUPACS 2018 pada 1 Mei yang lepas. Kepercayaan yang diberikan sebagai KSU termuda untuk menerajui kementerian memberi petunjuk bahawa kerajaan memandang tinggi potensi belia. Gabungan darah muda, pengalaman dan kebijaksanaan, akan mendatangkan kesan baik untuk transformasi perkhidmatan awam. Tahniah diucapkan dan semoga anugerah ini akan menjadi inspirasi buat semua penjawat awam khususnya kepada pegawai dan kakitangan KBS untuk terus bekerja dengan tekad dan semangat yang tinggi serta lebih proaktif lagi.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable