26 SEPTEMBER 2020, SELANGOR – Satu taklimat berkenaan dengan Akta 668 dan Maklumat Yang Kena diBeri (MYKD) telah pun disampaikan pada 26 September 2020 yang lalu bertempat di Kem  Wawasan Negara Meru, Klang, Selangor.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia / alumni Angkatan Belia Malaysia Future Leaders School (MFLS). Taklimat adalah mengkhususkan kepada tugas dan peranan pemegang jawatan, MYKD dan juga Akta 668. Kuiz juga turut dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan bagi menguji kefahaman peserta program. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Penyelaras Siti Aishah binti Ghazali dari Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Semoga dengan adanya taklimat seperti ini serba sedikit mampu memberikan input dan pengetahuan kepada pemimpin muda ini.

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah