Johor Bahru, 17 Oktober 2020 : Encik Alsidi Mohamad Pegawai Pendaftar Kanan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah mewakili Tuan Pendaftar memberi taklimat Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada 23 badan gabungan Majlis Belia Negeri Johor dan menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan bagi Sesi 2020 – 2022

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Onn Ghazi, Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor. Semoga sesi taklimat ini dapat memberi maklumat dan informasi kepada semua badan gabungan khususnya di negeri Johor tentang keperluan dan kepentingan mematuhi Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Disediakan oleh:

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan