YB KHAIRY JAMALUDDIN


Assalamu'alaikum dan Salam Perpaduan,

Selamat Datang ke Portal Web Rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) diwujudkan untuk mendaftarkan Pertubuhan Belia dan menggalakkan serta membangunkan pembangunan belia di Malaysia yang meliputi aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia. Selain dengan pengwartaan Akta 668 ini, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia diwujudkan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta 668.

Saya percaya dengan ada portal ini, khususnya sokongan belia dan masyarakat amnya dapat mengetahui fungsi dan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Menerusi portal ini, segala maklumat mengenai penubuhan pertubuhan, pindaan kepada perlembagaan pertubuhan, borang-borang yang berkaitan, statistik pertubuhan, aktiviti semasa jabatan, jenis-jenis kategori pertubuhan yang digunakan serta perkhidmatan dapat diperolehi dengan lebih pantas. Ini akan memudahkan generasi muda mendapat maklumat yang diperlukan dengan lebih berkesan.

Harapan saya semoga portal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mempu menjadi medium terbaik dalam penyaluran maklumat yang tepat kepada pengunjung portal.

Selamat Melayari Portal Rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable