HAJAH SITI AISHAH BINTI YAHYA

 

Portal Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dibangunkan untuk memperkenalkan Pejabat ini kepada masyarakat khususnya golongan belia serta menjadi saluran alternatif berkaitan organisasi dan perkhidmatan pejabat ini kepada semua golongan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Diharapkan portal ini dapat memberi maklumat yang berguna sesuai dengan keperluan kepada mereka yang berminat yang ingin mengetahui mengenai fungsi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Maklumat-maklumat yang boleh diperolehi di portal termasuklah prosedur penubuhan sesebuah persatuan, pindaan terhadap undang-undang pertubuhan, borang-borang, statistik pertubuhan, berita terkini pejabat, jenis-jenis kategori pertubuhan yang digunakan serta perkhidmatan yang lain. Masyarakat khususnya golongan belia dan ahli pertubuhan belia bolehlah mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini yang boleh dibuat melalui alamat email yang disediakan. Saya juga mengalu-alukan apa-apa teguran untuk menambah baik portal ini.

Akhirnya, saya berharap semoga maklumat-maklumat dan data yang disediakan melalui portal ini akan dapat memberi manfaat kepada pengguna khususnya para belia dan ahli pertubuhan belia. Sekian, Selamat melayari Portal Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable