Memahami MYKD

Apa itu MYKD

  • MYKD bermaksud Maklumat Yang Kena Diberi oleh semua pertubuhan belia berdaftar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada setiap tahun.
  • Kewajipan mengemukakan MYKD pada setiap tahun termaktub di bawah Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
  • MYKD merupakan suatu bentuk pelaporan tahunan oleh pertubuhan belia kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bertujuan untuk membolehkan tindakan pengemaskinian dibuat ke atas rekod daftar, status keaktifan, keahlian, status pemegang jawatan, status mesyuarat agung tahunan, kesesuaian perlembagaan, kedudukan kewangan dan sebagainya

Kandungan MYKD

  • Setiap MYKD yang dikemukakan pada setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia hendaklah terdiri daripada dokumen berikut :

Dokumen Wajib Hantar

  1. Borang PPB 09
  2. Senarai Pemegang Jawatan (Semasa)
  3. Senarai Ahli (Semasa)
  4. Penyata Kewangan
  5. Penyata Aktiviti Tahunan

Dokumen Perlu Hantar (Jika Berkaitan)

  1. Borang PPB 07 (Jika ada pindaan ke atas Perlembagaan)
  2. Minit Mesyuarat Agung Tahunan (Jika MYKD dihantar selepas Mesyuarat Agung Tahunan)
  3. Maklumat Harta (Jika ada) MYKD

Bila Perlu Hantar MYKD?

Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (Jika ada Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berkenaan)

ATAU

Dalam tempoh 60 hari dari berakhirnya tahun kalendar iaitu 31 Disember (Jika tiada Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berkenaan)

SIAPA PERLU HANTAR MYKD 

Semua Pemegang Jawatan

  • Semua pemegang jawatan dalam pertubuhan belia iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli-Ahli Jawatankuasa bertanggungjawab memastikan MYKD dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada setiap tahun.

Setiausaha/Setiausaha Kerja

  • Selain daripada Setiausaha selaku orang yang diberi tugas untuk menghantar MYKD tersebut mengikut perlembagaan masing-masing, pekerja penuh masa pertubuhan belia seperti Setiausaha Kerja juga memikul tanggungjawab yang sama. • Kewajipan menghantar MYKD pertubuhan belia oleh pemegang jawatan dan mana-mana orang yang mengurus pertubuhan belia tersebut termaktub di bawah Seksyen 24 Akta 668. MYKD

Kesalahan tidak hantar MYKD

  • Kecuaian menyempurnakan tanggungjawab menghantar MYKD pada setiap tahun kepada Pendaftar Pertubuhan Belia akan menyebabkan pendaftaran pertubuhan belia tersebut DIBATALKAN ! [subseksyen 23(6)]

DAN

  • Tindakan undang-undang berikut dikenakan kepada setiap pemegang jawatan atau orang yang mengurus atau orang yang membantu mengurus pertubuhan belia berkenaan : ‐ didenda tidak melebihi RM5,000 kerana gagal hantar MYKD (subseksyen 24(3)) MYKD

 

BORANGBORANG BERKAITAN MYKD

 

Borang PPB 09 - MAKLUMAT YANG KENA DIBERI PADA TIAP‐TIAP TAHUN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR DAN CAWANGAN‐ CAWANGAN PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR MENGIKUT SEKSYEN 22, AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 (Borang ini wajib  dihantar dan diisi dalam 2 salinan)

 

Borang PPB 07 - PERMOHONAN MENUKAR NAMA / ALAMAT TEMPAT URUSAN / MEMINDA PERLEMBAGAAN ATAU KAEDAH‐ KAEDAH / LAMBANG / BENDERA / LENCANA BAGI PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR (Borang ini hendaklah diisi dalam 2 salinan jika berkaitan) MYKD

Sebarang pertanyaan mengenai MYKD pertubuhan belia anda, sila hubungi kami :

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
Unit 9 - 16, Tingkat 1,Bangunan 3C4, Menara Prisma, Persiaran Perdana,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 PUTRAJAYA

 

Pejabat Zon Utara          : 04-7344669

Pejabat Zon Tengah       : 03-88810842

Pejabat Zon Selatan       : 06-2345905

Pejabat Zon Timur          : 09-6222344

Pejabat Zon Sabah         : 088-763389

Pejabat Zon Sarawak      : 082-244537

Pautan


myGovExchange 1govuc kbs mampu mdec msn hrmis  
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable