JELAJAH ROY TO YOUTH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Port Dickson │ 20 Mei 2023 Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mengadakan program Jelajah ROY TO YOUTH Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. Program yang pertama kali diadakan pada tahun 2023 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pertubuhan belia berhubung terus dengan pihak ROY dalam memberi perkhidmatan secara langsung seperti membuat semakan status, permohonan pendaftaran baharu, carian maklumat, membuat pindaan perlembagaan, penghantaran dan semakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), serta permohonan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
🎉Persatuan Belia Dinamik Barat
🎉Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan
🎉Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Sembilan;
