KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (JOM) WP KUALA LUMPUR 2024
KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (JOM) WP KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur │ 12 Mei 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat WP Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini bertempat di di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Kuala Lumpur menjadi platform terbaik bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah Jom Masuk Persatuan oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Muhammad Husmar Afdzal bin Husin, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat ROY dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.


Di akhir program ini juga YB Adam Adli Abd Halim berkesempatan menyampaikan Sijil Pendaftaran kepada Cik Shalina binti Mohd Abdul Nasir atas kelulusan pendaftaran Majlis Belia Kawasan Batu. Setinggi-tinggi tahniah diucapakan kepada barisan Jawatankuasa Penaja Majlis Belia Kawasan Batu.


ROY merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anak muda yang hadir dan terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang sudi hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat.

