Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Kedah 2024
KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (JOM) PERINGKAT NEGERI KEDAH
Alor Setar │ 1 Jun 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Program ini menjadi platform terbaik bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah Jom Masuk Persatuan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Muhammad Husmar Afdzal bin Husin, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat ROY dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Di akhir program ini juga YB Adam Adli Abd Halim berkesempatan menyampaikan Sijil Penarafan 5 Bintang Negeri Kedah 2023 kepada:
🏅Majlis Belia Daerah Yan; dan
🏅 YMM Cawangan Tokai
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pertubuhan Belia yang telah meraih 5 bintang.
ROY merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anak muda yang hadir dan terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang sudi hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat serta menghantar MYKD.