Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah

KURSUS PENGURUSAN BERKESAN (KPB) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN- Kota Kinabalu | 8 – 9 Jun 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024 bertempat di Sky Hotel, Kota Kinabalu.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 41 orang peserta yang mewakili Majlis Belia Sabah, Majlis Belia Labuan, Badan Gabungan serta kelab belia tunggal yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kursus yang dilaksanakan ini melibatkan pelbagai perkongsian ilmu dalam pelbagai topik seperti pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Penyediaan Maklumat Yang kena Diberi (MYKD), Kaedah dan Simulasi Pengendalian Mesyuarat Agung , Penyediaan Minit Mesyuarat, Penarafan Bintang, Pindaan Perlembagaan, Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara. Selain itu melalui kursus ini juga dapat memberi kefahaman kepada peserta berhubung pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah. Turut hadir bersama Puan Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan serta Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar, Penolong Pendaftar Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan.