KPB Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan & Melaka

Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) mendapat sambutan Belia Negeri Sembilan & Melaka 🔥🔥⚡
️
Sejajar dengan matlamat memperkasakan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ( ROY) melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan & Negeri Melaka pada 21-22 Jun 2024

Berlangsung di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam dan seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada 45 Pertubuhan Belia Tunggal, Pertubuhan Belia Bercawangan, Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Negeri.
Antara pengisian kursus ini adalah seperti berikut :
✅ Bimbingan aspek pengurusan dan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan belia
✅ Kaedah dan simulasi pengendalian Mesyuarat Agung dan penyediaan Minit Mesyuarat
✅ Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara latihan dalam kumpulan
✅Penarafan Bintang (Star Rating)
✅ Skop pindaan Akta 668 (A1602) dan Pindaan Perlembagaan
✅Taklimat mengenai Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara

Yang Berhormat Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus ini . Turut hadir adalah En. Mustaza bin Mustafa Kamal, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan En. Nor Faizal Bin Nordin, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
#YakinBoleh
#ROY
#ROYZonSelatan
#MYKD