KPB Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah

KURSUS PENGURUSAN BERKESAN (KPB) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH
Tawau | 22 – 23 Jun 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Kompleks Sukan Tawau.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 51 orang peserta yang mewakili kelab belia tunggal dan badan gabungan dari Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.


Kursus yang dilaksanakan ini melibatkan pelbagai perkongsian ilmu dalam pelbagai topik seperti pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Penyediaan Maklumat Yang kena Diberi (MYKD), Kaedah dan Simulasi Pengendalian Mesyuarat Agung dan Penyediaan Minit Mesyuarat, Penarafan Bintang, Pindaan Perlembagaan, Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara. Selain itu melalui kursus ini juga dapat memberi kefahaman kepada peserta berhubung pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.


Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nur Hilmi bin Milus, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah. Turut hadir bersama Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia.
#YakinBoleh
#ROY
#ROYZonSelatan
#MYKD