Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sabah @ Sandakan
Sandakan, 2 Sept 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda @ Sandakan telah diadakan dengan jayanya bertempat di Harbour Mall Ballroom, Sandakan.
Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia terus kepada Kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian program ini adalah Sesi Bicara Akta 668 bersama ROY oleh Puan Suzirani binti Muamat, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Bin Abd. Halim ditemani oleh Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong. Hadir sama Pendaftar Pertubuhan Belia, Tuan Hasnata bin Hasan serta Pengarah JBS Negeri Sabah, Encik Apui Jan.
Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.



